General Line : +6088 - 916 771 / +6088-913512
pkd.papar@moh.gov.my
📢 JEMPUTAN KE KARNIVAL KOMUNITI SIHAT KAIDUAN 2026! 📢
"Sihat Bah Kita! Bersama Komuniti Kaiduan."
Seluruh warga Papar dan kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai ke Karnival Komuniti Sihat Kaiduan 2026. Program komuniti ini dibawakan khas dengan kerjasama lebih 40 Doktor Pakar Perubatan Keluarga dan pelbagai agensi kerajaan serta NGO, dan akan dirasmikan oleh YB Datuk Juil Nuatim, ADUN N.27 Limbahau.
Butiran Karnival:
Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi – 3.00 Petang
Tempat: SK Kaiduan, Papar
Pelbagai Aktiviti & Perkhidmatan PERCUMA Menanti Anda:
🩺 Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh: Saringan kesihatan umum, mata, dan gigi.
👩⚕️ Kesihatan Khusus Wanita & Kanak-kanak: Saringan kanser wanita, pemasangan Implanon, serta saringan Penyakit Jantung Reumatik (untuk kanak-kanak 9-12 tahun).
🏥 Kemudahan Perubatan Lanjut: Rawatan pesakit luar, Imbasan Ultrasound Diagnostik, dan pendaftaran PEKA B40.
🛍️ Jualan Rahmah: Dapatkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.
🎁 Cabutan Bertuah: Peluang memenangi hadiah-hadiah menarik!
🗣️ Pendidikan Kesihatan: Ceramah dan pameran informatif untuk semua golongan umur (wanita, remaja, dan warga emas).
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk cakna tentang kesihatan diri dan keluarga sambil menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.
Jom bawa keluarga, saudara-mara, dan rakan-rakan! Mohon panjangkan hebahan ini kepada jiran tetangga. Jumpa anda di sana!
Pejabat Kesihatan Daerah Papar ingin menjemput anda untuk membawa keluarga anda yang berumur 60 tahun dan ke atas serta mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetis, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipidemia atau penyakit buah pinggang kronik) untuk menerima suntikan vaksin Influenza secara PERCUMA di fasiliti kesihatan Papar bermula hari ini (18 Februari 2025).
Anda boleh mendapatkan temujanji bagi menerima suntikan vaksin influenza ini menerusi aplikasi MySejahtera bagi memudahkan urusan dan mengelakkan kesesakan semasa menerima suntikan.