Soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai Penyakit Measles - Rubella & Vaksin MR
Measles atau dema campak adalah penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus Measles
Penyakit demam campak ini merebak melaui titisan kecil air liut dan titisan hidung yang terpercik semasa pesakit batuk, bersin dan bercakap.
Selain itu, virus ini juga boleh tersebar apabila seseorang menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan air liur atau titisan hidung pesakit.
Penyakit demam campak ini berbahaya kerana :
Penyakit ini mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa
Penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang teruk dan kematian.
Individu yang dijangkiti adalah berjangkit dari kira-kira 4 hari sebelum sehingga 4 hari selepas ruam muncul, dimana dalam tempoh ini mereka boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
Gejala campak biasanya muncul 7 hingga 14 hari selepas seseorang dijangkiti virus. Tempoh ini dikenali sebagai tempoh inkubasi. Berikut adalah garis masa perkembangan gejala :
Hari 0-7 (tempoh inkubasi)
semasa tempoh inkubasi, virus sedang membiak dalam badan tetapi pesakit tidak mempunya gejala penyakit.
Hari 7-10 :
Gejala Awal mula muncul :
Demam (selalunya tinggi ≥ 38.3⁰c)
Batuk
Hidung berair
Mata merah dan berair (konjunktivitis)
Letih dan tidak bermaya
Hari 10-12
Tompok Koplik mungkin kelihatan di dalam mulut (tompok putih kecil dengan latar merah, di bahagian dalam pipi)
Hari 12-14
Ruam campak yang khas akan muncul :
Bermula di muka dan belakang telinga
Menyebar ke dada, tangan dan kaki
Biasanya berlansung selama 5-6 hari dan akan pudar mengikut urutan yang sama
Komplikasi campak boleh berlaku semasa atau selepas jangkitan.
Ianya dikategorikan sebagai komplikasi ringan atau serius, dan lebih kerap berlaku dalam kumpulan berisiko tinggi seperti bayi, wanita hamil, individu dengan imuniti lemah, dan kanak-kanak yang kurang zat makanan.
Berikut adalah komplikasi yang biasa berlaku :
Jangkitan telinga yang boleh menyebakan pekak
Radang paru-paru (penumonia)
Radang otak (encephalitis)
Jangkitan mata merah, bengkak dan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
Sawan
Kematian
Golongan yang berisiko mendapat jangkitan ini adalah :
bayi yang berumur kurang setahun
kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi yang lengkap
sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak
Kadar keberjangkitan measles dipanggil sebagai R◦ iaitu anggaran bilangan individu yang boleh dijangkiti oleh seorang pesakit dalam populasi.
Kadar kebolehjangkitan penyakit measles (R◦) adalah 12-18, bermaksud seorang pesakit demam campak boleh menjangkiti 12 hingga 18 orang di sekelilingnya dalam satu-satu masa
Pencegahan penyakit measles berlaku dalam beberapa keadaan :
vaksinasi merupakan kaedah pencegahan yang paling berkesan. Seorang kanak-kanak boleh dilindungi daripada jangkitan measles apabila menerima 2 dos vaksin MMR pada usia 9 & 12 bulan seperti saranan Jadual Imunisasi Kebangsaan.
Kanak-kanak yang tidak layak meneram vaksin MMR bergantung kepada perlindungan daripada Imuniti Kelompok (Herd Imunity). Perlindungan kelompok terhadap jangkitan measles hanya berlaku apabila 95% daripada populasi dalam sesebuah komuniti telah menerima vaksin.
Mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak serta menitik beratkan amalan kebersihan seperti amalan mencuci tangan yang betul, etika batuk & bersin yang betul dan pemakaian pelitup muka.
Berdasarkan Jadual Imunisasi Kebangsaan, KKM menawarkan vaksin mengandungi measles dalam bentuk kombinasi MMR (Measles-Mumps-Rubella) bagi kanak-kanak berusia 9 dan12 bulan.
Selain dari mencegah penyakit measles, vaksin MMR juga mencegah jangkitan beguk (mumps) dan rubella.
Sebagai perlindungan tambahan di negeri Sabah, kanak-kank berusia 6 bulan diberikan satu dos vaksin monovalen measles.
Kanak-kanak yang berusia 9 dan 12 bulan semasa kempen akan diberikan vaksin MMR selaras dengan jadual imunisasi mereka
Selain itu, kanak-kanak lain yang layak akan menerima vaksin MR dalam tempoh kempen
Satu dos vaksin MMR/MR akan disuntik di otot bahagian paha atau lengan seorang kanak-kanak.
Vaksin MR adalah vaksin kombinasi yang diperuntukkan untuk Kempen Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (Kempen MR SIA) yang memberi perlindungan terhadap penyakit measles (demam campak) & penyakit rubella
Vaksin MMR yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan adalah vaksin kombinasi 3 dalam 1 yang memberi perlindungan kepada penyakit demam campak (measles), beguk(mumps) dan rubella. Vaksin MMR diberikan sebanyak dua(2) dos iaitu dos pertama pada umur 9 bulan dan dos kedua pada umur 12 bulan
Vaksin MR yang digunakan dalam kempen ini adalah vaksin kombinasi Measles dan Rubella yang menberi perlindungan tambahan terhadap penyakit measles (demam campak) dan rubella
Hanya satu (1) dos sahaja yang diberikan kepada kanak-kanak yang layak sepanjang tempoh kempen dilaksanakan
Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan kaedah Fiqhiyyah iaitu :
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Maksudnya, " Menolak Kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan".
Vaksin MR mengandungi antigen iaitu virus measles dan rubella yang telah dilemahkan.
Vaksin ini tersedia dalam bentuk terliofil (lypholised) dan akan dicampurkan dengan pelarut (air yang telah disterilkan) sebelum disuntik.
Vaksin ini juga mengandungi penstabil bagi memastikan virus yang dilemahkan itu kekal stabil dan berkesan semasa dalam tempoh penyimpanan sebelum disuntik.
Maklumat berkaitan produk vaksin ini boleh diperolehi melalui laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my>consumer>product search)
Secara umumnya, vaksin measles dan rubella tidak mengandungi merkuri (thimerosal) yang digunakan sebagai bahan pengawet atau aluminium yang digunakan sebagai adjuvan
Bahan bersumberkan haiwan hanya digunakan dalam proses pengilangan sahaja dan telah menjalani proses putrifikasi (putrification) bagi memastikan ianya tidak dikesan dalam produk akhir.
Secara umumnya, vaksin measles dan rubella adalah selamat untuk diadministrasikan.
Walaubagaimanapun, seperti ubatan dan vaksin yang lain, penerima vaksin MR juga mempunyai risiko mendapat kesan advers.
Majoriti penerima vaksin ini hanya mengalami kesan advers yang ringan seperti reaksi pada tempat suntikan, demam, ruam, dan kegatalan pada kulit.
Kebiasaannya kesan advers sebegini boleh sembuh dalam jangka masa yang singkat dengan atau tanpa rawatan.
Tidak dapat dinafikan ada sebilangan kecil penerima vaksin yang mengalami kesan advers yang serius. Akan tetapi, risiko mendapat kesan advers yang serius ini adalah jauh lebih rendah berbanding risiko komplikasi serius akibat dijangkiti penyakit campak dan rubella.
Secara keseluruhannya,tren pelaporan AEFI bagi vaksin MR yang diterima oleh NPRA tidak jauh berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh negara-negara rujukan regulatori yang lain.
Berdasarkan pemantauan yang dijalankan sehingga kini, perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) pemberian vaksin ini kekal positif memandangkan tiada isu keselamatan yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin MR sama ada di peringkat tempatan ataupun global
Seperti ubat-ubatan dan vaksin yang lain juga, vaksin MR boleh menyebabkan kesan sampingan.
Namun begitu, majoriti kesan tersebut adalah ringan, tidak memudaratkan dan lazimnya sembuh tanpa/atau memerlukan rawatan.
Kesan sampingan yang biasa berlaku dengan vaksin MR adalah :
Reaksi pada tempat suntikan seperti sakit, bengkak dan kemerahan
Demam ringan
Ruam pada kulit yang tidak menyebabkan jangkitan
Kelesuan
Sakit otot / sendi
Tiada data yang menyatakan terdapat kesan sampingan apabila menerima vaksin dan mengamalkan perubatan tradisional
Kanak-kanak dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imuniti) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa.
Pengambilan imunisasi tambahan MR ini adalah untuk memberi perlindungan tambahan kepada masyarakat bagi mengurangkan kebarangkalian kejadian wabak Measles yang boleh menyebabkan komplikasi yang teruk.
Walaupun anak sihat dan kuat tapi tiada kepastian mereka akan sentiasa bebas daripada dijangkiti penyakit cegahan vaksin.
Penyakit boleh menjangkiti seseorang tanpa disangka. Sekiranya kanak-kanak telah diberi imunisasi tambahan, mereka akan mendapat perlindungan tambahan daripada penyakit cegahan vaksin.
Keberkesanan vaksin bukan 100%
Tindak balas tubuh seseorang terhadap vaksin adalah berbeza-beza dan terdapat sesetengah orang tidak menghasilkan tindak balas imun.
Hasilnya individu seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan
Ya
Vaksin MR ini diberikan secara percuma di semua Klinik Kesihatan / Klinik Desa di seluruh Malaysia
Vaksin ini boleh didapatkan melalui tempahan slot janji temu dengan menghubungi Klinik Kesihatan berdekatan anda atau melalui aplikasi MySejahtera.
Info lanjut boleh anda dapatkan melalui :
1) Lawan sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti :
https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/mmr/public/index.html
2) Media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysai dan media sosial MyHealth
3) Buku terbitan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK), KKM :
Penyakit Cegahan Vaksin dan Imunisasi, 2019
Buku Panduan Menangani Ibu Bapa yag ragu atau menolak vaksin, 2021