Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.
Jika anda menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, pakailah pelindung telinga. Semakin lama dan semakin kuat bunyi yang anda dengar, semakin rosak pendengaran anda
Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamatKami kongsikan tanda-tanda masalah pendengaran sebagai panduan bersama.
Tahukah anda ?
Terdapat 2 fungsi telinga iaitu untuk pendengaran dan keseimbangan.
Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.
Apabila kesihatan telinga tidak dijaga dengan baik, anda berisiko untuk mengalami gangguan pendengaran. Oleh itu, menjaga kesihatan telinga adalah sangat penting
Anak-anak ketagih dengan Gajet ?
Ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.
Elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.
Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.
Ayuh! Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.
Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.
Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda.
Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain.
Mitos: “Semua ubat mata sama saja.”
Fakta: Setiap ubat mata mempunyai bahan aktif yang berbeza untuk tujuan tertentu. Jangan gunakan ubat mata tanpa mengetahui fungsi sebenar.
Kesihatan mata anda adalah keutamaan. Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini!
Mitos: "Ubat mata dari farmasi cukup untuk merawat semua masalah mata"
Fakta: Ubat titis mata tanpa preskripsi hanya sesuai untuk masalah ringan. Jika gejala berlarutan, segera berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan tepat.
Kesihatan mata anda adalah keutamaan.
Mitos: "Titis mata banyak-banyak untuk sembuh lebih cepat."
Fakta: Dos yang lebih banyak tidak bermakna lebih baik. Gunakan ubat seperti diarahkan oleh doktor untuk elakkan kesan sampingan.
Kesihatan mata anda adalah keutamaan.
Mitos: "Ubat titis mata boleh digunakan bila-bila masa."
Fakta: Sebarang ubat mata mempunyai tarikh luput, biasanya 30 hari selepas dibuka. Menggunakanya selepas tarikh tersebut boleh mendatangkan risiko jangkitan.
Kesihatan mata anda adalah keutamaan.
Mitos: “Gunakan ubat mata orang lain, hasilnya sama saja.”
Fakta: Jangan sesekali berkongsi ubat mata! Setiap ubat dirumus khas untuk keadaan tertentu. Berkongsi ubat boleh menyebarkan jangkitan atau menyebabkan alahan.
Ayuh mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama.
Jadikan “berjalan 10,000 langkah” setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda disamping dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.
Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.
Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.
Ujian saringan membantu individu mengesan kanser sebelum mengalami sebarang gejala. Pemeriksaan kanser yang kerap meningkatkan peluang pengesanan awal kanser serta kanser peringkat awal juga lebih mudah dirawat.
Dikongsikan panduan saringan dan pencegahan kanser bagi wanita.
Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.
Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia disambut pada 18 hingga 24 November 2024 bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kerintangan antibiotik.
Apakah kerintangan antibiotik
Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk melawan bakteria. Oleh itu, antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria.
Kerintangan antibiotik adalah berpunca daripada penggunaan antibiotik yang tidak terkawal, berlebihan dan tidak tepat.
Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.
Antibiotik hanya digunakan untuk rawatan jangkitan bakteria sahaja.
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan rawatan.
Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.
Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut. Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang.
Kira-kira 1 dalam 10 kelahiran di dunia adalah kelahiran pramatang.
Antara penyebab kelahiran pramatang ini adalah pemakanan tidak sihat, merokok, penggunaan dadah, infeksi salur kencing
selain dari penyakit NCD seperti diabetes, penyakit jantung, masalah ginjal dan tekanan darah tinggi.
Bersempena Hari Pramatang Sedunia ini, ambil peluang untuk mempertingkatkan kesedaran dan mencegah kelahiran pramatang.
Sambutan Hari Kelahiran Pramatang Sedunia disambut pada 17 November setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang kelahiran pramatang.
Kesedaran tentang petanda kelahiran awal boleh mengurangkan komplikasi bayi pramatang melalui rawatan antenal dan dapat meningkatkan peluang untuk hidup bagi bayi pramatang. Sempena Hari Kelahiran Pramatang Sedunia, ketahui risiko anda dan dapatkan penjagaan antenatal yang optima.
Kesedaran tentang petanda kelahiran pramatang membolehkan intervensi dilakukan bagi mengurangkan risiko kepada bayi.
Sempena Hari Kelahiran Pramatang Sedunia, ketahui faktor risikonya dan dapatkan penjagaan antenatal yang optima.
Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh menimbulkan suasana panik
Kekurangan air dalam badan, senaman yang kuat dan kekurangan zat merupakan antara punca.
Diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
Tanda dan gejala diabetes adalah kerap membuang air kecil, kerap dahaga, kerap lapar dan cepat penat.
Pesakit juga boleh mengalami penglihatan kabur serta rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan.
Jom Saring. Ketahui bacaan paras gula anda dengan melakukan saringan kesihagan.
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.
Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.
Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.
Diabetes boleh dicegah dan dikawal.
Kurangkan risiko diabetes dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta hindari rokok dan alkohol.
‘𝐆𝐮𝐥𝐚: 𝟏𝐒𝐮𝐝𝐮 𝐓𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐡 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩, 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤,𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤’
JOM AMALKAN 𝙏𝙐𝙅𝙐𝙃 (7) 𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙈𝙐𝘿𝘼𝙃 SEPERTI YANG DIKONGSIKAN.
Sempena Hari Diabetes Sedunia, KKM komited untuk meneruskan agenda memerangi ancaman penyakit tidak berjangkit (NCD).
Bagi meminimumkan impak kepada pesakit diabetes, pengembangan penggunaan inhibitor SGLT2i, dialisis peritoneum dan Kempen Perangi Gula adalah antara inisiatif di bawah Belanjawan 2025.
Selain itu, amalan pemakanan yang baik yang bakal diperkasa dengan pelabelan #NutriGrade juga akan membantu usaha ini.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat!
Laporan NHMS (2023) menunjukkan bahawa 1 daripada 6 individu dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes.
Bersempena Hari Diabetes Sedunia ini, tingkatkan kesedaran kita mengenai penyakit Diabetes dan terapkan strategi amalan cara hidup yang sihat seperti pemakanan sihat dan seimbang serta kerap melakukan aktiviti fizikal untuk mengelak penyakit ini.
Jom Saring. Ketahui bacaan paras gula anda dengan melakukan saringan kesihatan.
Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.
Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.

'Warming Up' atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), marilah kita amalkan budaya hidup aktif agar kekal sihat dan bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.
𝙅𝙤𝙢 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙖𝙠𝙩𝙞𝙛, 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔 ?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.
𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗱𝗮
𝗘𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗯𝗮𝘁
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.
Tanda-tanda yang ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.
Uʙᴀᴛ Aᴊᴀɪʙ??
Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat di pasaran
Tujuan kawalan iklan perubatan adalah untuk:
Mengawal selia kandungan pengiklanan
Melindungi kesihatan awam dengan mengalakkan pengunaan ubat-ubatan yang selamat.
Pastikan ubat adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.Contohnya: MAL20011234T (ubat)/ NOT123456789K (kosmetik)
Apa itu Hepatitis
Penyakit hepatitis bukanlah asing dalam masyarakat di negara ini. Hepatitis boleh terjadi secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tahu tentang penyakit ini agar dapat mengambil tindakan pencegahan penyakit tersebut.
𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮-𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗛𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶𝘁𝗶𝘀
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku, ia adalah sama untuk semua jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
Merasa letih
Kurang selera makan/ loya
Muntah
Sakit perut (abdomen)
Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
Air kencing berubah warna menjadi warna teh
Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Jika anda mempunyai salah satu tanda-tanda tersebut, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.
Situasi COVID-19 di Malaysia dalam keadaan terkawal. Namun, harus diingatkan bahawa virus COVID-19 masih berada di sekeliling kita.
Sentiasa amalkan 3W, Elak 3S, ambil vaksin dan dos penggalak, serta lakukan TRIIS sekiranya bergejala.
Walaupun kebanyakan gejala jangkitan adalah ringan, tetapi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai ko-morbid serta tidak divaksin, berisiko lebih tinggi mendapat gejala teruk.
Tahukah anda ?
Minuman "zero-sugar" selalunya mengandungi pengganti gula yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Pilihlah MINUMAN TANPA GULA seperti:
Kopi
Teh hijau
Jus buah tanpa gula
Air kosong
"GULA: 1 SUDU TEH DAH CUKUP, KURANG LEBIH BAIK, TIADA TERBAIK"

Paxlovid merupakan ubat antiviral yang boleh mengurangkan gejala COVID-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk.
Pesakit COVID-19 berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid, obes, perokok atau bekas perokok, disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid.
Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima (5) hari daripada hari gejala bermula. Sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.
Paxlovid is an antiviral medication that can alleviate the symptoms of COVID-19 and prevent the disease from worsening.
High risk COVID-19 patients, such as individuals aged 60 years old or over, immunocompromised, with any comorbidities, obese, current or ex-smokers, are recommended to take Paxlovid treatment.
Paxlovid is effective when taken within five (5) days of onset of symptoms. Get a medical assessment early at a nearby health facility to determine your eligibility to take Paxlovid.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum terhadap isu yang tular baru- baru ini di media sosial berkaitan dengan menghidangkan kopi bersama arang, kerana ia mungkin boleh mendatangkan risiko sekiranya dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.
Mengikut Akta Makanan 1983, arang tidak dikategorikan sebagai makanan. Sehubungan itu, penambahan arang ke dalam minuman kopi merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang jika didapati bersalah, boleh dijatuhi denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang di Malaysia menghidap hipertensi.
Sekiranya hipertensi tidak dicegah atau dirawat, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang.
Rakyat Malaysia diseru untuk cakna status kesihatan bagi mencapai tahap kesihatan yang maksimum tanpa halangan atau batasan kerana kesihatan adalah milik kita. Marilah kita berusaha untuk kekal cergas dan sihat, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga, generasi masa depan dan masyarakat. Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam, Hindari Hipertensi. Sentiasa CERDIK!
Lelaki lebih berisiko menghidap hipertensi berbanding wanita. Periksa tekanan darah dengan kerap bagi memastikan tekanan darah anda terkawal.
Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk mengurangkan risiko hipertensi.
Kes COVID-19 telah meningkat sejak pertengahan bulan Oktober 2023. Peningkatan kes COVID-19 dari masa ke semasa adalah dijangkakan. Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Sehubungan itu, KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain, agar dapat mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam.
Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.
Orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
Amalkan penjagaan kebersihan diri sebagai langkah penjagaan kesihatan kendiri semasa musim banjir.
Sentiasa mengamalkan kebersihan tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih bagi menghindar daripada penyakit berjangkit.
Orang ramai haruslah peka dan mengambil cakna terhadap langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri khasnya dalam amalan keselamatan makanan semasa banjir.
“Jaga keselamatan, cegah sebelum terlewat”

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat mengenai situasi COVID-19 di Malaysia, seperti bilangan kes baharu, bilangan kematian, bilangan kemasukan ke hospital, dan lain-lain daripada sumber yang sahih.
Layari portal KKMNOW di data.moh.gov.my dan laman sesawang serta media sosial rasmi KKM untuk kenyataan media dan berita mengenai COVID-19 yang benar.
Diharap orang ramai tidak mudah mempercayai mesej-mesej yang tular di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan.
Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.
Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak, dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri.
BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19
𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑
Penyakit-penyakit ini mudah berjangkit dan boleh memudaratkan kesihatan. Dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika bergejala.
Proses untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah kepada seseorang perokok dan memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi bagi melaksanakannya.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk menuju generasi masa hadapan yang bebas tanpa sebarang amalan merokok demi kesihatan dan kesejahteraan semua.
Ayuh
Mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama.
Pastikan anda menjadikan amalan ini sebagai suatu budaya hidup sihat anda, menuju tahun baharu 2024.
Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan:
Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi
47.9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makan
41.6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV.
Ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini.
Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030

Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama
Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.
Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.
Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember 2023, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama 5 hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.
Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru supaya perokok sedia ada menanamkan azam untuk berhenti merokok dan mendapatkan bantuan daripada fasiliti kesihatan terdekat.
Bagi mereka yang tidak merokok, kekalkan amalan tersebut untuk mencapai sasaran hidup bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.
HAPUSKAN STIGMA KESIHATAN MENTAL!
OLEH KERANA PUNCA SEBENAR PENYAKIT MENTAL TIDAK DIKETAHUI MAKA IANYA MUSTAHIL UNTUK DICEGAH.
FAKTA :
Langkah-langkah pencegahan penyakit mental adalah meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental, mengendalikan tekanan secara positif dan mengamalkan cara hidup sihat.
Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam
Kami kongsikan pula khasiat buah dan sayuran berwarna KUNING dan JINGGA.
KKM menggalakkan orang ramai untuk meningkatkan pengambilan sayuran berwarna kuning dan jingga bagi memperoleh khasiatnya.
Jangan lupa ya, pelbagaikan warna semula jadi dalam pengambilan diet harian kita untuk mendapat manfaat kesihatan sepenuhnya
𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦?
Ambil cakna terhadap kesihatan payudara anda
Lakukan saringan ujian mamogram sebelum terlambat di fasiliti Klinik- klinik Nur Sejahtera LPPKN, manakala wanita yang layak akan dirujuk ke pusat Mamogram swasta yang berdaftar di bawah program ini.
“𝑴𝒂𝒎𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏”
Ujian saringan pendengaran merupakan ujian asas yang dilakukan ke atas bayi untuk mengesan masalah pendengaran yang disyaki oleh bayi.
Kaedah saringan pendengaran bayi yang digunakan ini selamat, cepat, mudah, tidak menyakitkan dan tepat untuk mengesan masalah pendengaran bayi.
Jalani ujian saringan pendengaran untuk bayi anda sekarang.
Audiologis ialah profesion kesihatan yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan pendengaran iaitu bertanggungjawab untuk
menyediakan perkhidmatan profesional yang komprehensif kepada individu yang mengalami masalah pendengaran.
Ini termasuklah proses saringan, pencegahan, diagnosis, dan pengurusan serta rehabilitasi masalah pendengaran.
Selamat Hari Audiologis Sedunia diucapkan kepada semua Ahli Audiologis di KKM.
Anda Hebat!
Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesihatan dan mencegah penyakit.
Salah satu amalan pemakanan sihat adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia Suku-suku Separuh yang terdiri daripada suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk menghindari obesiti dan penyakit tidak berjangkit.
Beban morbiditi dan mortaliti penyakit strok di Malaysia sentiasa diberi perhatian.
Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk:
1) Mengurangkan prevalens penyakit strok
2) Memastikan rawatan akut serta rehabilitasi pesakit strok setanding dengan negara-negara maju.
3) Memastikan penduduk Malaysia mempunyai akses kepada rawatan penyakit strok sebaik sahaja mereka diserang strok.
29 Oktober setiap tahun adalah Hari Strok Sedunia.
Tingkatkan pengetahuan anda mengenai gejala awal strok.
Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan oleh kekurangan darah beroksigen di bahagian otak.
𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 perlu diberikan kerana serangan strok boleh menyebabkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.
MERASA TERTEKAN?
Aktiviti fizikal tidak perlu intens untuk mempunyai kesan positif terhadap kesihatan mental.
Berjalan-jalan boleh membantu melapangkan fikiran dan meningkatkan mood.
Jika anda suka berteman, ajak kawan berjalan bersama sebagai teman berbual. Jadikan berjalan rutin harian sama ada berjalan di keliling rumah, di taman perumahan atau di alam semulajadi seperti di taman bunga atau tepi sungai.
Hanya berjalan-jalan di luar boleh membantu anda merasa lebih segar dan kurang tertekan.
Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa Malaysia menghidap tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.
Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.
𝐇𝐀𝐏𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐈𝐆𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋!
PESAKIT MENTAL INI SEBENARNYA MENGADA-NGADA DAN SENGAJA HENDAK MENDAPAT PERHATIAN ORANG LAIN!
FAKTA :
Tanda-tanda penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dibuat buat, ia adalah tanda penyakit mental yang sebenarnya. Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam
Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut oleh orang di sekeliling (secondhand smoker) secara terus.
Sisa asap basi (SAB) adalah sisa rokok (dalam bentuk habuk atau bahan kimia) yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran.
Asap rokok basi ini mampu kekal dalam udara selama 5 jam di dalam bilik.
SAB ini juga mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci. 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆. Anda akan lebih sihat.
Layari jomquit.com untuk bantuan berhenti merokok.
Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.
Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.
Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.
Selamat Hari Osteoporosis Sedunia.
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Amalan gaya hidup sihat boleh membantu mencegah Osteoporosis:
Makan makanan tinggi zat kalsium
Berhenti merokok
Elak minuman alkohol
Penetapan standard makanan perlu berdasarkan bukti saintifik termasuk hasil kajian penilaian risiko dan bahaya kesan pengambilannya pada manusia. Pematuhan standard makanan di sepanjang rantaian makanan dapat meningkatkan keyakinan pengguna dalam jaminan keselamatan dan kualiti sesuatu makanan.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk memilih produk makanan yang mematuhi standard makanan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kualiti makanan.
Ketahui faktor risiko kepada strok.
Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.
Ia merupakan:
Punca ketiga (3rd)bagi kematian di Malaysia
Penyebab kedua (2nd) kematian di seluruh dunia
Penyebab utama (1st) bagi kehilangan upaya orang dewasa.
Ambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko anda dan keluarga mendapat strok.
Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.
Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/
Kekal berhubung dapat meningkatkan hubungan sosial dan menyebarkan kebahagiaan.
Kita dapat merasakan bahawa diri dihargai dan dihormati oleh orang lain, dan pada masa yang sama dapat merasa kebahagiaan dan kegembiraan kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka. Ini akan membantu kita memupuk kebahagiaan dan kesejahteraan emosi.
Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555. Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.
Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai supaya peka dengan perubahan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dengan merujuk laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di laman sesawang https://apims.doe.gov.my/home.html.
Orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut.

Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.
Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.
Ayuh rakyat Malaysia! berikan sokongan penuh anda bagi melindungi generasi masa hadapan. Kita ingin mereka hidup sihat, selamat dan bebas daripada amalan merokok.
Asap rokok sekunder mengancam kesihatan kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh menjadi perokok pasif kerana mereka menyedut asap rokok sekunder yang disebarkan oleh perokok.
Mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti yang dikongsikan.
Amalan merokok akan memudaratkan kesihatan seperti meningkatkan risiko kanser. Namun, terdapat sesetengah masyarakat masih sukar meninggalkan tabiat buruk ini disebabkan ketagihan terhadapnya.
Berikut adalah 15 penyakit kanser yang dikaitkan dengan tabiat merokok.
Tidak pernah terlewat untuk berhenti merokok. Layari laman sesawang https://jomquit.com untuk bantuan berhenti merokok.
Asap rokok sekunder mengancam kesihatan kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh menjadi perokok pasif kerana mereka menyedut asap rokok sekunder yang disebarkan oleh perokok.
Mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti yang dikongsikan.
Asap rokok sekunder mengancam kesihatan kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh menjadi perokok pasif kerana mereka menyedut asap rokok sekunder yang disebarkan oleh perokok.
Mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti yang dikongsikan.
Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.
Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.
Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).
Tabiat menghisap vape semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Hakikatnya, tabiat menghisap vape boleh memudaratkan kesihatan seseorang sama seperti rokok biasa. Hal ini kerana tabiat tersebut boleh menjejaskan organ tubuh seperti mata, jantung, perut, sel otak, tekak dan paru-paru.
Oleh itu, penghisap vape perlu menghentikan sentimen vape lebih selamat daripada rokok biasa seterusnya menghentikan tabiat tersebut dengan segera agar kekal sihat.
Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com

Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah TIDAK BENAR.
Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.
Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI dan dapat bernafas dengan lebih baik hingga ke akhir hayat.
Penggunaan rokok elektronik atau vape boleh mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. Antara penyakit baru yang dikesan adalah E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau EVALI.
Bahan-bahan yang terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.
Kenali apa itu EVALI dan gejala EVALI. Jangan mula merokok sama ada rokok konvensional atau rokok elektronik/vape.
Bagi mereka yang merokok atau menggunakan rokok elektronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com.
Sesetengah individu pernah mengalami keadaan seperti sedang berpusing walaupun tidak bergerak. Keadaan ini dikenali sebagai vertigo.
Vertigo menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Oleh itu, orang ramai yang menunjukkan gejala vertigo disaran untuk mendapatkan rawatan awal demi kehidupan yang berkualiti.
Kanser payudara boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.
Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan melalui 3 langkah mudah.
Langkah 1 – Lihat
Langkah 2– Rasa
Langkah 3 – Respon
Sekiranya terdapat perubahan yang luar biasa pada payudara anda, segera berjumpa doktor.
Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮, 𝗞𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿 𝗣𝗮𝘆𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮?
Kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal menerusi Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) melalui Langkah Mudah;
Langkah 1 – Lihat
Langkah 2 – Rasa
Langkah 3 – Respon
Lakukan setiap bulan, 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞-𝟕 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐤𝐞-𝟏𝟎 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐢𝐝 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚.
Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)
"Pengesanan awal, adalah perlindungan yang terbaik".
𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐧𝐢𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐏𝐚𝐲𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚. Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan diserata dunia.
Di Malaysia 'Pink Oktober' disambut oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Ini termasuklah penganjuran sambutan dan seminar kesedaran kanser payudara oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan tema "Together We Rise", ianya diharapkan mampu mengukuhkan kolaborasi pelbagai agensi dalam memperluaskan advokasi dalam perkhidmatan kesihatan.
Ayuh segera jalani saringan di fasiliti kesihatan berhampiran anda.
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.
#KesihatanMental mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian, tahap pembelajaran dan produktiviti seseorang jika tidak ditangani dengan berkesan. Anda tidak berseorangan, tampillah untuk mendapatkan bantuan.
Sila hubungi Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan khidmat bantuan sokongan kesihatan mental dan tele- kaunseling.
Talian bantuan Krisis Kesihatan Mental 15555 (Help With Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
"Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma"
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru supaya perokok sedia ada menanamkan azam untuk berhenti merokok dan mendapatkan bantuan daripada fasiliti kesihatan terdekat.
Bagi mereka yang tidak merokok, kekalkan amalan tersebut untuk mencapai sasaran generasi bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.
Jantung merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh.
Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membolehkan jantung berfungsi dengan efisien agar kekal sihat sehingga ke akhir hayat.
Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung sekiranya berlakunya komplikasi sekiranya individu tidak mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif secara fizikal
Ketahui punca dan gejala serangan jantung sebagai panduan bersama.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 𝟰 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟱 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 yang berusia 16 𝙩𝒂𝙝𝒖𝙣 𝙠𝒆 𝒂𝙩𝒂𝙨 adalah TIDAK AKTIF.
Aktiviti fizikal yang mencukupi sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Oleh itu, orang ramai hendaklah mengambil inisiatif meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari agar kekal sihat dan cergas.
Makanan seperti ikan, daging, ayam, telur dan legum merupakan sumber protein yang baik. Protein merupakan salah satu makronutrien selain lemak dan karbohidrat.
Protein terbentuk daripada 20 jenis asid amino yang bergabung dalam pelbagai kombinasi bagi menghasilkan hormon, antibodi, enzim, hemoglobin dan sebagainya.
Selain itu, protein membantu membakar kalori dan membina jisim otot seseorang.
Oleh itu, orang ramai perlu memastikan pengambilan protein secukupnya dalam hidangan harian mengikut saranan piramid makanan bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan efisien.
Orang ramai dinasihatkan untuk menitik beratkan aspek pemakanan agar kekal sihat sehingga akhir hayat.
Jangan musnahkan hidup anak cucu kita kerana amalan merokok! Sampai bila kita harus tunggu?
Tabiat menghisap vape semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, tabiat menghisap vape boleh memudaratkan kesihatan seseorang sama seperti rokok biasa.
Hal ini kerana tabiat tersebut boleh menjejaskan organ tubuh seperti mata, jantung, perut, sel otak, tekak dan paru-paru.
Oleh itu, penghisap vape perlu menghentikan sentimen vape lebih selamat daripada rokok biasa seterusnya menghentikan tabiat tersebut dengan segera agar kekal sihat.
Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com
Tempoh dari lahir sehingga berumur 2 tahun merupakan masa penting yang kritikal dalam pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak.
Bagi mencapai pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil, semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan (180 hari). Di sertakan panduan pemberian makanan bayi dan kanak-kanak sebagai rujukan.

Malaysia bakal mengalami peningkatan populasi warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan kualiti kemudahan penjagaan kesihatan.
Proses penuaan menyebabkan fungsi tubuh seseorang berubah. Fungsi organ warga emas lazimnya merosot berbanding individu yang lebih muda.
Orang awam termasuk warga emas hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan sentiasa berada paras optimum sehingga ke akhir hayat.
Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti.
Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang & sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh.
Justeru, orang ramai disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat dengan pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut saranan sajian dan kekal aktif fizikal setiap hari untuk menghindari obesiti dan penyakit tidak berjangkit.
Pengaktifan semula virus cacar air boleh menyebabkan penyakit kayap. Virus ini menjangkiti tubuh kekal dalam sistem saraf selama bertahun-tahun . Golongan dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit ini.
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti-viral dan ubat untuk melegakan rasa sakit. Salah satu komplikasi penyakit ini adalah sakit saraf yang berterusan (post-herpetic neuralgia). Oleh itu, orang ramai hendaklah mengamalkan langkah pencegahan seperti mendapatkan suntikan vaksin untuk mengelakkan penyakit ini.
Seringkali masyarakat beranggapan bahawa tugas seorang ahli farmasi sekadar mendispens ubat kepada pesakit di kaunter ubat.
Hakikatnya, seorang ahli farmasi mempunyai peranan yang luas merentasi pelbagai sektor termasuklah bidang pengurusan, regulatori, penguatkuasaan, industri, farmaseutikal, farmasi komuniti, akademia dan sebagainya. Mereka juga turut berperanan secara aktif dalam aktiviti menilai dan memantau ubat-ubatan yang dipasarkan di Malaysia, termasuk produk kosmetik dan produk kesihatan lain.
Justeru, peranan dan tanggungjawab ahli farmasi amat penting demi memastikan ubat-ubatan yang diterima masyarakat sentiasa:
Selamat
Berkualiti
Berkesan
Tidak kira peranan yang dimainkan atau sektor perkhidmatan yang diceburi, matlamat utama profesion ahli farmasi adalah untuk bertindak sebagai barisan hadapan dalam penjagaan farmaseutikal dan penyampaian perkhidmatan farmasi demi kesejahteraan rakyat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan beberapa inisiatif saringan dengan tagline “Jom Saring”! Inisiatif saringan merupakan hasil kerjasama dengan rakan-rakan strategik KKM termasuk agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antara program saringan yang dijalankan adalah seperti yang dikongsikan.
Penyakit tidak berjangkit atau Non- Communicable Disease yang dikesan di peringkat awal boleh selamatkan nyawa.
Saring segera, Kesan awal, Elak komplikasi
Jom semak kelayakan dan klinik panel Skim Perubatan MADANI di:
Kesihatan Anda, Misi Kami
Tiada pendaftaran diperlukan dan penyertaan adalah automatik kepada penerima STR yang layak.
Jom semak kelayakan dan cari senarai klinik panel Skim Perubatan MADANI di:
Kesihatan Anda, Misi Kami
Kolesterol merujuk kepada sejenis lemak yang diperlukan untuk membina tisu sel dan hormon tertentu serta melindungi saraf. Sumber utama kolesterol adalah secara semulajadi iaitu dihasilkan oleh organ hati kita sendiri yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Sumber luaran adalah makanan seperti daging, telur dan produk tenusu.
Terdapat 2 jenis kolesterol, iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kedua-dua kolesterol ini mempunyai fungsi yang berbeza yang memberi kesan kepada kesihatan.
Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang terlalu banyak, boleh memudaratkan kesihatan. Kawal pengambilan kolesterol harian anda bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum.
Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.
Jom mulakan sekarang
1) Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.
2) Tetapkan corak pemakanan yang seimbang #SukuSukuSeparuh dan hadkan pengambilan kalori.
Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.
3) Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, ayuh lakukan sesuatu yang positif untuk diri anda demi kesihatan berpanjangan.
Kanak-kanak kini lazim mengalami masalah ketagihan gajet.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab memantau dan mengehadkan penggunaan gajet untuk mengelak kesan buruk penggunaan gajet dalam tempoh yang lama.
Jom ikuti tip tangani ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak sebagai panduan untuk mengatasi ketagihan tersebut.
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September 2023 untuk memberi kesedaran tentang penyakit kardiovaskular serta pencegahannya.
Jantung merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah bagi membekalkan oksigen ke seluruh tubuh.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menitikberatkan aspek pemakanan dan kekal aktif bagi memastikan jantung dapat berfungsi dengan optimum.
Dikongsikan 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016.
Bersempena dengan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan kanser agar rawatan awal dapat diberikan
Ekzema merupakan penyakit radang kulit yang lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga dewasa.
Terdapat beberapa punca terjadinya ekzema seperti faktor genetik. Selain itu, ekzema juga boleh berlaku disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia, cuaca panas, tekanan,alahan terhadap makanan, habuk dan bulu binatang.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mendapatkan rawatan jika menunjukkan tanda-tanda ekzema agar penyakit tersebut dapat dirawat.
Turut menyarankan agar diari makanan disediakan bagi mencatat makanan yang dimakan dan keterukan reaksi terhadap makanan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi mengenalpasti jika makanan punca ekzema
Siri 6 : Tip Penyediaan Makanan dan Penyimpanan Yang Selamat Di Rumah
Pengabaian kebersihan dalam amalan pengendalian makanan berisiko menyebabkan kuman dan bakteria berbahaya memasuki makanan yang akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengambil berat kebersihan dalam proses penyediaan makanan.
Jom ikuti siri tip penyediaan dan penyimpanan makanan di rumah sebagai panduan.
Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun untuk menghargai peranan ahli farmasi dalam sektor penjagaan kesihatan. Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Pharmacists Strengthening Health Systems'.
Seorang ahli farmasi memainkan peranan penting dalam memperkasakan sistem kesihatan. Antara peranan ahli farmasi termasuklah mendispens ubat-ubatan kepada pesakit dengan selamat, memberi kaunseling dan maklumat berkaitan ubat-ubatan, perkhidmatan farmasi klinikal, pendidikan berkaitan ubat kepada komuniti, merekayasa perkhidmatan farmasi melalui penggunaan teknologi maklumat, menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik di pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi, melaksanakan kawalan regulatori bagi bahan-bahan terapeutik supaya ianya selamat, berkesan dan berkualiti, serta memastikan kosmetik bernotifikasi adalah selamat dan berkualiti.
Sempena sambutan Hari Farmasi Sedunia, KKM berharap agar ahli farmasi sentiasa komited memberi khidmat terbaik demi kesihatan rakyat negara ini.
Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Pemeriksaan kesihatan sangat penting bagi membolehkan sesuatu penyakit dikesan pada peringkat awal.
Terdapat beberapa jenis pemeriksaan kesihatan khusus untuk individu baru mula bekerja dan telah bekerja yang dikenali sebagai pra-pekerjaan dan tahunan.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan demi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, tempahan janji temu bagi saringan kesihatan boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.
Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan
Kesihatan mulut yang baik merupakan pelengkap kepada kesihatan tubuh keseluruhan. Kesihatan mulut yang baik dalam kalangan anak-anak berperanan menyokong perkembangan pertuturan, penyusuan dan kemampuan mengunyah makanan.
Penjagaan kesihatan mulut yang baik perlu dititikberatkan sejak usia bayi sehingga dewasa.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, ibu bapa digalakkan menyemai amalan penjagaan mulut yang baik dalam kalangan anak-anak sejak bayi agar bayi dapat membesar dengan sihat.
Tip ke 5 : Penyediaan dan Penyimpanan Makanan yang Selamat di Rumah
Amalan pengendalian makanan bersih yang diabaikan berisiko menyebabkan kuman dan bakteria berbahaya memasuki makanan yang seterusnya akan menjejaskan kesihatan seseorang.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, pengguna disarankan untuk menitikberatkan kebersihan bahan mentah dan peralatan ketika menyediakan makanan.
Jom ikuti siri tip penyediaan dan penyimpanan makanan di rumah sebagai panduan.
Santan kelapa banyak digunakan dalam pelbagai masakan masyarakat di negara ini. Namun, dakwaan yang menyatakan santan segar mengandungi kolesterol adalah tidak benar.
Walaupun santan tidak mengandungi kolesterol, tetapi ia mengandungi kalori yang tinggi yang akan meningkatkan risiko penyakit kronik jika diambil secara berlebihan.
Oleh itu, orang ramai perlu mengehadkan pengambilan santan bagi mengawal pengambilan kalori agar kekal sihat.
Penyakit Alzheimer menyumbang kepada berlakunya demensia. Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.
Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.
Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat hendaklah cakna jika warga emas di sekeliling menunjukkan gejala-gejala ini. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan jika menunjukkan gejala demensia.

Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.
Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menggalakkan orang ramai agar meningkatkan pengambilan buah-buahan agar kekal sihat.
Tahukah anda
Kanser boleh dikesan awal sekiranya anda tahu tanda dan gejala dan segera mendapatkan pemeriksaan lanjut
Kenali 9 tanda amaran kanser dan dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami gejala ini. Jangan tangguh, segera bertindak!
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai digalakkan untuk menjalani saringan kanser bagi mengesannya pada peringkat awal.

Arthritis merujuk kepada penyakit yang mengakibatkan kesakitan, bengkak, kemerahan dan kekejangan sendi.
Arthritis menunjukkan beberapa gejala yang melibatkan sendi yang perlu diberi perhatian. Penyakit radang sendi yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah pergerakan yang membataskan aktiviti harian seseorang.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk cakna terhadap gejala arthritis dan mendapatkan rawatan segera bagi memastikan kehidupan yang berkualiti.
Siri 3 : Tip Penyediaan dan Penyimpanan Makanan yang Selamat Di Rumah
Pengabaian amalan pengendalian makanan yang bersih berpotensi mengakibatkan bakteria dan kuman berbahaya mencemari makanan yang akan menjejaskan kesihatan seseorang,
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menasihatkan orang ramai agar menitikberatkan kebersihan makanan mentah untuk menghasilkan hidangan yang bersih, selamat dan berkualiti.
Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada 17 September 2023. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Engaging Patients for Patient Safety” bertujuan untuk meningkatkan usaha bagi melibatkan pesakit dan keluarga dalam memastikan keselamatan pesakit.
Pesakit dan keluarga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keselamatan pesakit dan ia merupakan salah satu elemen dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Keselamatan Pesakit Global.
Mari kita bersama mempertingkatkan dan memperkasakan lagi kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan Malaysia untuk semua.
Tip berguna atasi keresahan (anxiety)
Seseorang cenderung mengalami keresahan apabila berhadapan dengan sesuatu tekanan.
Jom belajar tip menangani anxiety bagi mendapatkan minda sihat dan emosi yang sejahtera.
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
Kanser limfoma terjadi apabila sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit membiak di luar kawal.
Terdapat beberapa rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit limfoma. Rawatan bagi kanser limfoma adalah berbeza antara pesakit bergantung pada jenis dan tahap limfoma, umur serta status fizikal pesakit.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor perubatan jika menunjukkan gejala kanser limfoma agar dapat dikesan dan dirawat dengan segera bagi meningkatkan peluang penyembuhan.
Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.
Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.
Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan.
Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan.
Hari Kesedaran Limfoma Sedunia disambut pada 15 September 2023 untuk memberi kesedaran tentang kanser limfoma.
Kanser limfoma berlaku apabila sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit membiak di luar kawal. Limfoma terdiri daripada Hodgkin Lymphoma dan non-Hodgkin Lymphoma. Antara gejala limfoma adalah pembengkakan kelenjar limfa, demam berpanjangan, hilang selera makan, penurunan berat badan, ruam dan kegatalan kulit.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka kepada perubahan yang berlaku pada diri dan mengalami gejala kanser ini. Segera mendapatkan pemeriksaan lanjut, pengesanan awal meningkatkan peluang penyembuhan.
Sayuran dan buahan hijau tidak menyelerakan? Kami kongsikan kebaikan buah dan sayuran berwarna HIJAU.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), KKM menggalakkan orang ramai agar meningkatkan pengambilan sayuran berwarna hijau bagi memperoleh khasiatnya.
Jadi, jangan lupa ambil 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari
Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), lakukan ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran.
Wajah merupakan bahagian tubuh yang pertama dilihat oleh orang lain. Wajah yang bersih dan sihat dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang.
Selain itu, wajah yang sihat dapat dilihat melalui kulit yang bersih dan bebas daripada jerawat dan cela.
Oleh itu, setiap individu perlu menitikberatkan kesihatan wajah agar lebih berkeyakinan terutamanya ketika berinteraksi dengan orang lain.
Segala bentuk eksploitasi pemindahan organ manusia adalah SALAH disisi undang-undang.
Proses pemindahan organ hanya boleh dilaksanakan setelah menepati kriteria dan mendapat kebenaran bertulis daripada waris berdasarkan Akta Tisu Manusia 1974.
Demam denggi merupakan penyakit jangkitan virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes.
Bekas yang menakung air berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk meluangkan masa 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah demam denggi.
Pada Minggu Epidemiologi ke-34 tahun 2023, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,394 kes berbanding 2,248 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 101 kes (4.3%).
Oleh itu, mari kita bersama-sama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes untuk mencegah jangkitan demam denggi.
Amalan derma darah dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial
Derma darah turut memberi manfaat terhadap kesihatan penderma darah selain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.
Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah bagi meningkatkan tahap kesihatan.
Sistem urinari berfungsi menapis darah daripada bahan toksik serta menghasilkan bahan kumuh seperti air kencing.
Sistem ini terdiri daripada sepasang buah pinggang, sepasang salur ureter, salur uretra dan pundi kencing.
Jangkitan boleh berlaku melibatkan mana-mana organ tersebut apabila bakteria memasukinya. Namun, jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita kerana mempunyai saluran uretra yang lebih pendek.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan efisien.
Selalu ambil warna buah dan sayuran yang sama?
Kami kongsikan buah dan sayuran berwarna UNGU.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menggalakkan orang ramai agar meningkatkan pengambilan buah dan sayuran berwarna ungu untuk memperoleh manfaatnya.
JOM! Pelbagaikan warna semula jadi dalam pengambilan diet harian kita.
Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) merujuk kepada keadaan apabila asid perut mengalir ke esofagus yang merupakan saluran yang menghubungkan mulut dan perut.
Antara gejala GERD termasuklah pedih ulu hati, sakit dada, perut kembung, sukar menelan dan sebagainya. GERD yang tidak terkawal boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menitikberatkan pemakanan sihat bagi mencegah GERD.

Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.
Dikongsikan langkah mencuci tangan dengan betul.
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.
Amalkan membasuh tangan dengan betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Virus influenza boleh tersebar kepada individu lain melalui titisan saluran pernafasan (respiratory droplets) ketika bersin, bercakap dan batuk.
Wabak influenza lazimnya berlaku secara bermusim hanya mengakibatkan selesema (flu) ringan tetapi boleh mendatangkan jangkitan teruk kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan individu yang menghidap penyakit kronik.
Oleh itu,orang awam dan golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menyampaikan mesej bahawa bunuh diri boleh dicegah adalah pada 10 September setiap tahun.
Bertemakan ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’ dan sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, individu, masyarakat dan agensi yang berkaitan diseru untuk bersama berganding bahu bagi menangani tingkah laku bunuh diri dan mencegah berlakunya kejadian bunuh diri.
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) menyediakan perkhidmatan
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi dari jam 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum.
Kongsi Emosi, Ada Solusi. Kami Sedia Membantu.
#kkm #TalianHEAL15555 #letstalkmindasihat
Siri (akhir)
Makanan yang diletakkan di dalam peti sejuk berkemungkinan akan rosak.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengikuti tip penyimpanan makanan yang betul dalam peti sejuk.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menasihatkan orang ramai untuk menitikberatkan kualiti makanan yang disimpan di dalam peti sejuk.
Jom ikuti siri tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk sebagai panduan anda.
Amalan mencuci tangan merupakan cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran kuman antara seseorang individu kepada individu yang lain.
Amalan membasuh tangan perlu diterapkan di semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa.
Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan seseorang mencuci tangan berikutan peningkatan risiko penyebaran kuman kepada individu lain. Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, setiap individu perlu mempraktikkan amalan membasuh tangan yang betul untuk menjamin kebersihan diri.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 4 daripada 10 orang atau 8 juta orang dewasa di Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Antara makanan yang tinggi lemak ialah makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng, kek dan sebagainya.
Oleh itu, orang ramai hendaklah mengawal pengambilan lemak dalam hidangan harian bagi mengelakkan kenaikan berat badan agar kekal sihat dan terhindar daripada penyakit.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM mengambil kesempatan menyeru orang awam agar sentiasa mengamalkan pemakanan sihat.
Hari Fisioterapi disambut pada 8 September 2023 memfokuskan penyakit arthritis.
Sambutan hari tersebut menekankan peranan seorang ahli fisioterapi dalam pencegahan pelbagai jenis arthritis seperti rheumatoid arthritis, axial spondyloarthritis dan sebagainya. Selain itu, ahli fisioterapi juga terlibat dalam pengurusan pesakit yang terjejas disebabkan oleh arthritis.
Sempena Sambutan Hari Fisioterapi, marilah kita menghargai jasa ahli fisioterapi yang telah menabur jasa bakti kepada masyarakat dan negara.
Aktiviti fizikal sangat penting bagi memastikan seseorang kekal sihat dan cergas.
Namun, kebanyakan individu lebih gemar menggunakan lif berbanding tangga di dalam sesebuah bangunan.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai digalakkan kerap menggunakan tangga berbanding lif bagi mendapat manfaat kepada tubuh badan.
Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin bertambah dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar penderma selepas kematian masih sedikit.
Organ yang boleh didermakan selepas kematian adalah jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang. Manakala tisu yang boleh didermakan selepas kematian pula adalah kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit.
Kini orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ
Minggu Kesedaran Pendermaan Organ disambut pada 7 hingga 13 September 2023 untuk memberi kesedaran tentang pendermaan organ.
Kini orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera.
Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ
Salah satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu hamil adalah kesan regangan yang dikenali sebagai sebagai “Striae Gravidarum “atau “striae albicans” yang berlaku pada kulit perut ibu-ibu hamil.
Ianya seperti garis memanjang atau berkedut atau kelihatan seperti kulit yang merekah di perut. lazimnya berwarna kebiruan atau ungu bagi striae gravidarum atau warna perak bg striae albicans.
Bagi wanita ia memberi visual yang kurang memuaskan apabila dilihat. Kesan regangan ini selalunya tiada memberi kesan apa apa, namun kadang-kadang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu hamil.Ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi.
Namun , Ibu hamil dinasihatkan untuk mengamalkan pengambilan makanan sihat, elakkan pertambahan berat badan, minum air kosong secukupnya dan melakukan senaman untuk mengawal berat badan sepanjang tempoh kehamilan.
Makanan yang disediakan di rumah perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan.
Kita perlu menitikberatkan kebersihan bahan mentah dalam proses penyediaan makanan bagi menghasilkan hidangan yang selamat, bersih dan berkualiti.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menyeru orang ramai untuk memastikan makanan yang disediakan dan disimpan bersih dan berkualiti untuk menjamin kesihatan.
Jom ikuti siri tip penyediaan dan penyimpanan makanan di rumah sebagai panduan.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, marilah menghindari tabiat merokok dengan tidak memulakannya sama sekali demi melahirkan generasi bebas asap rokok pada masa depan.
Para perokok boleh mendapatkan bantuan dan nasihat melalui hotline Berhenti Merokok di talian 03-8883 4400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran
Kebanyakan kuih-muih dan minuman harian seperti teh dan minuman berkarbonat mengandungi gula yang tinggi.
Pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular.
Oleh itu, orang ramai perlu peka terhadap makanan dan minuman yang diambil dan mematuhi saranan pengambilan gula tambahan untuk mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, marilah menghindari tabiat merokok dengan tidak memulakannya sama sekali demi melahirkan generasi bebas asap rokok pada masa depan.
Para perokok boleh mendapatkan bantuan dan nasihat melalui hotline Berhenti Merokok di talian 03-8883 4400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran
Siri 5
Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak semestinya selamat.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan mengikuti tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk yang betul.
Jom ikuti siri tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk sebagai panduan anda.
Siri 4
Anda sedang mengatur semula susun letak makanan dalam peti sejuk
PASTIKAN
Makanan yang diletakkan di dalam peti sejuk juga berpotensi untuk rosak dan menjadi sumber jangkitan kepada pengguna.
pengguna dinasihatkan untuk mematuhi tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk yang betul.
Jom ikuti siri tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk sebagai panduan anda.
Kebanyakan rakyat di negara ini menatap skrin digital bagi tempoh yang panjang secara berterusan. Apabila seseorang melakukan kerja dekat dalam tempoh yang lama, ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan kadar mata berkelip, seterusnya meningkatkan risiko seseorang mengalami mata kering.
Mata kering berlaku apabila kalenjar air mata tidak menghasilkan cecair yang cukup bagi melindungi dan melembapkannya mengakibatkan kerengsaan dan ketidakselesaan pada mata.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan penjagaan mata yang baik bagi memastikan penglihatan yang berkualiti.
Pengendalian perasaan yang baik membantu mengurangkan tekanan perasaan dan mengekalkan kesihatan mental yang optimum.
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
Terdapat kebaikan dan manfaat apabila menderma darah secara berterusan. Selain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, amalan menderma darah turut memberi manfaat kepada kesihatan penderma darah.
Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di kemudahan yang menawarkan khidmat derma darah bagi memastikan bekalan darah yang mencukupi serta meningkatkan tahap kesihatan
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral
Selain itu, ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi dan serat yang membantu melancarkan proses penghadaman.
Oleh itu, orang ramai hendaklah memilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebagai hidangan harian serta menggunakan kaedah memasak sayur yang sesuai seperti kaedah kukus untuk mengekalkan zatnya demi memperoleh manfaatnya untuk kesihatan tubuh.
Walaupun sesetengah masyarakat beranggapan peti sejuk merupakan tempat yang selamat untuk menyimpan makanan, makanan yang disimpan dalam peti sejuk juga boleh rosak.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk yang betul.
Jom ikuti siri tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk sebagai panduan anda
Pengembara yang pulang dari negara-negara yang melaporkan mpox berisiko untuk dijangkiti sekiranya mempunyai kontak rapat dengan kes mpox, seterusnya menyebarkan jangkitan kepada orang tempatan.
Virus ini boleh tersebar melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai tanda dan gejala mpox, termasuk kontak langsung dengan ruam, kuping, cecair, nanah atau darah daripada luka kulit.
Oleh itu, orang ramai terutamanya pengembara yang baru pulang dari negara-negara yang melaporkan mpox, dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan untuk mengawal penularan jangkitan ini.
KKM akan memperkenalkan inisiatif pemberian vaksin tetanus-difteria- pertussis (Tdap) kepada semua ibu hamil di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan risiko jangkitan pertussis, terutamanya dalam kalangan bayi berumur bawah 5 bulan.
Pelaksanaan 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 setelah urusan perolehan bekalan vaksin Tdap selesai dan bekalan vaksin tersedia di fasiliti kesihatan KKM seluruh negara. Maklumat lanjut akan diberikan daripada semasa ke semasa.
Anda suka 𝐌𝐀𝐃𝐔?
𝐌𝐀𝐃𝐔 merujuk kepada pemanis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah dari nektar atau sari bunga.
𝐌𝐀𝐃𝐔 mengandungi asid fenolik, flavonoid, tokoferol, asid askorbik, enzim serta pelbagai jenis mineral dan vitamin.
𝐌𝐀𝐃𝐔 juga digunakan secara tradisional sebagai alternatif dalam melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan sebagainya.
Oleh itu, orang ramai boleh mengambilnya secara sederhana bagi mendapat manfaat daripada 𝐌𝐀𝐃𝐔
Nyamuk Aedes betina merupakan pembawa virus denggi yang memerlukan darah dan nektar untuk menyokong perkembangannya.
Nyamuk Aedes berWolbachia merupakan nyamuk Aedes yang telah disuntik dengan bakteria Wolbachia untuk merencat virus denggi yang terdapat di dalamnya. Selain itu, nyamuk Aedes berWolbachia juga tidak memudaratkan alam sekitar.
Oleh itu, orang ramai hendaklah menyokong usaha kerajaan menggunakan kaedah ini dalam usaha mengawal penularan demam denggi dalam kalangan masyarakat.
Anda suka 𝐌𝐀𝐃𝐔?
𝐌𝐀𝐃𝐔 merujuk kepada pemanis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah dari nektar atau sari bunga.
𝐌𝐀𝐃𝐔 mengandungi asid fenolik, flavonoid, tokoferol, asid askorbik, enzim serta pelbagai jenis mineral dan vitamin.
𝐌𝐀𝐃𝐔 juga digunakan secara tradisional sebagai alternatif dalam melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan sebagainya.
Oleh itu, orang ramai boleh mengambilnya secara sederhana bagi mendapat manfaat daripada 𝐌𝐀𝐃𝐔
Derma darah merupakan amalan mulia kerana dapat menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya.
Terdapat kebaikan dan manfaat apabila menderma secara berterusan. Faedah utama menderma darah adalah menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 nyawa.
Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah.
Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan aktiviti cari dan musnah sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala denggi yang berupa demam tinggi, sakit otot/ sendi, sakit kepala, pening serta sakit pada belakang mata bagi membolehkan rawatan awal.
Suka makan aiskrim?
Dan mungkin anda fikir ia adalah 'aiskrim'?
TAHUKAH ANDA ??
Produk konfeksi ais bukanlah aiskrim kerana tidak mematuhi spesifikasi aiskrim dari aspek kandungan minimum peratus lemak.
Oleh itu, pengguna perlu membaca label produk bagi memastikan produk makanan yang dipilih adalah berkualiti.
Penggunaan alat elektronik seperti telefon pintar dalam tempoh masa yang lama berpotensi menyebabkan anak-anak mengalami rabun pada usia yang lebih muda.
Rabun merujuk kepada ketajaman penglihatan yang kurang jelas dan kebiasaannya tahap penglihatan juga tidak normal.
Rabun boleh mempengaruhi prestasi akademik anak-anak. Malah, anak-anak dengan penglihatan yang baik menunjukkan integrasi visual-motor yang lebih baik.
Oleh itu, ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak kepada hanya 2 jam sehari untuk mengurangkan risiko anak-anak menjadi rabun agar penglihatan mereka berada pada tahap yang optimum.
Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk juga berpotensi menjadi punca jangkitan kuman kepada pengguna.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk mematuhi tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk yang betul.
Jom ikuti siri tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk sebagai panduan anda.
JOM Pelbagaikan warna semula jadi dalam pengambilan diet harian kita
Kami kongsikan khasiat buah dan sayuran berwarna MERAH
Jangan lupa amalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh dengan mengambil 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari
Pucuk ubi mudah tumbuh di mana-mana sahaja terutamanya di kawasan kampung tanpa memerlukan penjagaan yang rapi dan ia mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan.
Masyarakat kita sering menjadikan pucuk ubi sebagai ulam-ulaman dan digunakan dalam perubatan tradisional.
Jom kenali kebaikan pucuk ubi
Perlukah saya risau dengan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia ?
Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
kanak-kanak
warga tua
wanita mengandung
mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.
Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.
Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
Masak sendiri membolehkan anda memilih sendiri bahan, jenis makanan dan mengawal kuantiti bahan perasa yang digunakan.
Ia seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).
Masaklah masakan yang sedap dan berkhasiat dengan penuh kasih sayang di rumah untuk keluarga tersayang.
Anda juga boleh libatkan anak-anak anda semasa aktiviti memasak.
JOM, MASAK SENDIRI 😁
Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
Demam denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Bekas yang menakung air berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sehubungan itu, semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama dalam menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran.
Pastikan kawasan premis tiada bekas atau tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar premis:
Lakukan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan premis
Lupuskan barang lusuh di tempat yang ditentukan
Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik di dalam tempat penampungan air serta tutup rapat bekas penyimpanan air
Sembur aerosol di dalam premis terutamanya di kawasan gelap dan tersorok bagi membunuh nyamuk dewasa
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Dapatkan rawatan awal jika anda menunjukkan gejala denggi seperti demam panas, sakit kepala, sakit belakang mata dan sakit sendi.
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.
Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.
Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Influenza merupakan penyakit salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.
Virus ini boleh tersebar antara individu yang dijangkiti dengan individu lain melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) ketika bercakap, batuk atau bersin.
Titisan tersebut boleh mencemari permukaan seterusnya mengakibatkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan amalan kebersihan tahap tinggi bagi mengawal penularan virus influenza.
SIRI 1
Pengabaian amalan pengendalian makanan yang bersih berisiko menyebabkan kuman dan bakteria berbahaya memasuki makanan yang seterusnya menjejaskan kesihatan seseorang.
Oleh itu, orang ramai hendaklah menitikberatkan kebersihan dalam proses penyediaan makanan.
Jom ikuti siri tip penyediaan dan penyimpanan makanan di rumah sebagai panduan.
Influenza mudah berjangkit melalui titisan saluran pernafasan yang disebarkan oleh pesakit melalui batuk atau bersin.
Jom ikuti langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan melalui infografik ini.
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Virus influenza boleh tersebar kepada individu lain melalui titisan saluran pernafasan (respiratory droplets) ketika bersin, bercakap dan batuk.
Wabak influenza lazimnya berlaku secara bermusim hanya mengakibatkan selesema (flu) ringan tetapi boleh mendatangkan jangkitan teruk kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan individu yang menghidap penyakit kronik.
Oleh itu,orang awam dan golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan pelalian influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
Influenza merupakan penyakit salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.
Virus ini boleh tersebar antara individu yang dijangkiti dengan individu lain melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) ketika bercakap, batuk atau bersin.
Titisan tersebut boleh mencemari permukaan seterusnya mengakibatkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan amalan kebersihan tahap tinggi bagi mengawal penularan virus influenza.
Walaubagaimanapun, anda boleh membelinya sendiri dan membawanya ke Klinik Kesihatan terdekat untuk membuat ujian HIV saringan pra perkahwinan
Ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.
Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti.
Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan.
Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.
Pemakaian FaceMask / Pelitup Muka masih diwajibkan di fasiliti kesihatan
Kini media sosial dipenuhi dengan lambakan iklan yang mempromosikan kecantikan estetik kepada masyarakat agar tampil cantik dengan menjalani prosedur kecantikan di spa.
Sesetengah individu mudah terpedaya dengan iklan tersebut termasuk sanggup menjalani prosedur invasif di premis yang tidak berdaftar dengan KKM seterusnya mengalami komplikasi kesihatan.
Pengguna perlu bijak untuk memilih perkhidmatan-perkhidmatan kecantikan. Sebarang komplikasi jangka masa pendek atau jangka masa panjang akan ditanggung oleh pengguna.
Fikir dahulu sebelum bertindak. Dapatkan maklumat yang sahih sebelum mendapatkan sebarang perkhidmatan prosedur kecantikan.

'Hargai dan Sayangi Dirimu'
Jalani kehidupan dengan tenang dan sejahtera.
Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
#kkm #TalianHEAL15555 #LetsTALKmindasihat
Bawa anak dan ahli keluarga anda sekurang-kurangnya setahun sekali berjumpa dengan Doktor Gigi anda bagi memastikan tiada tanda-tanda kerosakan pada gigi atau gusi.
Anda digalakkan membuat janji temu terlebih dahulu sebelum pergi ke Klinik pergigian.
INGAT HARI JADI, INGAT DOKTOR GIGI
Berikut adalah Standard Operating Procedure (SOP) terbaharu bagi pemakaian pelitup muka dan tempoh prosedur pengasingan kes yang disahkan COVID-19.
Perubahan ini akan mula berkuat kuasa pada 5 Julai 2023.

Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.
Sempena Hari Raya Aidiladha, sesetengah umat Islam menjalankan ibadah korban seperti yang disyariatkan. Seterusnya, daging korban tersebut akan diagihkan sesama umat Islam terutamanya kepada fakir miskin.
Sehubungan itu, penyimpanan daging korban yang betul perlu dititikberatkan untuk mengelakkannya daripada dicemari kuman, bendasing dan bahan pencemar yang lain.
Oleh itu, umat Islam yang menerima daging korban disarankan untuk mematuhi saranan penyimpanan daging korban yang betul bagi mengekalkan kualiti, kebersihan dan kesegarannya sepanjang tempoh penyimpanan.
Pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan atau minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air. Selain itu, takungan air di kolah mandi dan akuarium tanpa ikan di kediaman juga dapat menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Nyamuk Aedes boleh bertelur dalam bekas sebesar syiling 20 sen yang mengandungi air bersih dan mengambil masa 7 hari untuk bertukar kepada nyamuk dewasa.
Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti cari dan musnah selama 10 minit untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran terutamanya di tempat tinggal.
Kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, setiap individu disarankan untuk mengamalkan tip yang dikongsikan untuk memastikan kesihatan mental pada tahap optimum.
Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
#TalianHEAL15555 #LetsTALKMindaSihat
Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan.
Selain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba.
Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.
Ketahui fakta berkaitan Nyamuk Aedes berWolbachia sebelum menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
Pelepasan nyamuk Aedes aegypti berWolbachia merupakan satu kaedah inovatif dan mampan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk Aedes seperti denggi, zika dan chikungunya.
Nyamuk Aedes berWolbachia akan mengawan dengan nyamuk Aedes liar dan menyebarkan Wolbachia dalam populasi nyamuk Aedes di lapangan yang akan menyekat penularan demam denggi di komuniti setempat.
Oleh itu, orang ramai adalah digesa untuk mendapatkan maklumat sahih dan tepat mengenai nyamuk Aedes berWolbachia dan dapat memberi kerjasama kepada kerajaan dalam projek pelepasan nyamuk berWolbachia demi mengawal penularan virus denggi, chikungunya atau zika agar masyarakat kekal sihat.
Tanpa #GenerasiPenamatRokok, kerajaan bakal berdepan dengan kos rawatan perubatan yang tinggi.
Kajian menunjukkan perokok konvensional mahupun perokok elektronik berisiko mendapat penyakit kronik terutama berkaitan paru-paru.
Larangan merokok terhadap kumpulan Generasi Penamat Rokok akan mengurangkan peratusan perokok baharu dan kerajaan hanya perlu fokus kepada beban sedia ada.
Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu menjayakan Generasi Penamat Rokok demi mengurangkan beban negara.
#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Generasi Penamat Rokok perlu dilaksanakan SEGERA disebabkan oleh beban masalah merokok yang semakin parah.
Orang ramai perlu memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan Generasi Penamat Rokok demi melahirkan generasi bebas tanpa amalan merokok pada masa hadapan.
#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.
Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.
Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI agar dapat bernafas dengan baik hingga ke akhir hayat.
Sekiranya #GenerasiPenamatRokok tidak dilaksanakan, kerajaan bakal berdepan dengan kos rawatan perubatan yang tinggi.
Dengan anggaran pertumbuhan penduduk sebanyak 1.5% (Jabatan Statistik Malaysia, 2015) dalam masa 5 tahun dan juga kenaikan kos perubatan sebanyak 5% setahun untuk kos rawatan bagi penyedia perkhidmatan dan kos pesakit (Al-Junid et al., 2007; Health Care Cost of Smoking in Malaysia, SEATCA report), kerajaan bakal berdepan dengan kos untuk merawat HANYA TIGA daripada penyakit akibat merokok konvensional (kanser paru-paru, serangan jantung dan chronic obstructive airway disease) sebanyak RM8.77 billion menjelang 2030.
Oleh itu, pelaksanaan Generasi Penamat Rokok dapat menguntungkan negara kerana kos rawatan penyakit berpunca daripada rokok lebih tinggi berbanding kutipan cukai rokok.
Bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi dan berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol meningkatkan risiko penyakit jantung.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 (𝟖) 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 ini dalam usaha menjaga kesihatan jantung.
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan situasi semasa kes pertusis (batuk kokol ) di Malaysia.
Bilangan kes pertusis di Malaysia telah menurun dengan mendadak pada tahun 2020 hingga 2021 semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
Sehingga 28 April 2023 pada tahun ini, sebanyak 132 kes pertusis dengan dua kematian dilaporkan di seluruh Malaysia.
Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas, sebanyak 495 kes dicatatkan (penurunan sebanyak 73.3%).
Orang awam disarankan untuk berwaspada terhadap jangkitan batuk kokol dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
Fenomena cuaca panas yang melanda negara menyebabkan seseorang berisiko untuk mengalami dehidrasi akibat kehilangan air daripada badan.
Air memainkan fungsi penting kepada tubuh manusia sebagai pembawa zat, menyerap haba, menjaga aliran darah serta membuang sisa berlebihan daripada badan.
Orang ramai disarankan agar meningkatkan pengambilan air semasa cuaca panas kerana hidrasi yang baik dapat membantu mengekalkan suhu tubuh pada paras normal bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan baik.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 April 2023 mengenai sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup buatan QP Pharmachem Ltd. (Punjab, India) yang tercemar dengan diethylene glycol dan ethylene glycol melebihi had yang dibenarkan.
Orang awam adalah diminta untuk berhati- hati dan mengambil langkah tindakan proaktif dengan
melaporkan sebarang aduan mengenai produk ini melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my.
Anda juga boleh membuat laporan di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau menghubungi talian 03-78413200 untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh KKM.
Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam.
Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia.
Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.
Serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Hari Asma Sedunia disambut pada 2 Mei 2023 untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.
Semasa perayaan Aidilfitri, terdapat pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah terbuka.
Keselamatan makanan sangat penting ketika menjelang Aidilfitri untuk mengelakkan keracunan makanan.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti tip keselamatan makanan yang dikongsikan agar makanan yang disediakan bersih dan selamat.
Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April 2023 untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit malaria. Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles.
Tema sambutan malaria pada tahun ini adalah 'Kekalkan Sifar Malaria : Pendanaan, Inovasi, Implementasi'. Tema ini adalah untuk memastikan semua perancangan dan strategi dalam mencegah dan mengawal malaria dalam kalangan golongan berisiko tinggi dari dijangkiti malaria dilakukan dengan berkesan.
Keracunan makanan juga boleh terjadi semasa musim lebaran. Terdapat 3 sumber utama pencemaran makanan yang terdiri daripada pencemaran mikrobiologi, pencemaran kimia dan pencemaran fizikal.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terhadap tanda-tanda keracunan makanan sekiranya mereka telah menjamah makanan yang tercemar dengan sumber pencemaran tersebut.
Anda disarankan untuk segera berjumpa doktor jika menunjukkan gejala-gejala keracunan makanan