Soalan Lazim (Frequently Asked Questions - FAQs)
Buat masa sekarang seluruh fasiliti KKM di Malaysia mengalami masalah kekurangan kit ujian HIV
Namun begitu, Tuan / Puan boleh :
i. Membeli RTK HIV sendiri dan membawanya ke klinik kesihatan kerajaan untuk membuat saringan HIV. Kit HIV tersebut mesti yang sah & berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA) Malaysia.
ii. Menggunakan perkhidmatan makmal swasta untuk ujian saringan HIV. Pengambilan darah secara percuma boleh dibuat di klinik kesihatan dan dihantar ke makmal swasta ATAU pengambilan darah boleh terus dibuat di makmal swasta tersebut lalu diproses. Sebarang kos berkaitan ujian makmal tersebut adalah bawah tanggungan bakal pengantin sendiri. Borang untuk ujian makmal tersebut perlu diambil dari klinik kesihatan kerajaan kerana keputusan ujian akan dihantar ke klinik tersebut untuk menjamin keselamatan dan kerahsiaan maklumat.
Iii. Menggunapakai perkhidmatan JOM Test, melalui laman web: https://jom-test.com/, untuk mendapatkan RTK HIV, yang mana akan dibawa ke klinik kesihatan kerajaan untuk proses saringan HIV pra-perkahwinan.
Tuan/Puan boleh mendapatkan suntikan tersebut secara temujanji di Klinik Kesihatan Kuala. No. Telefon : 088-911028
Hanya perlu datang ke Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Papar dengan membawa bukti sudah divaksin tifoid & sudah mempunyai sijil pengendali makanan. Waktu berurusan jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.
Tidak
Tidak perlu ada sijil nikah. Sila datang mendaftar di klinik desa / klinik kesihatan terdekat sekiranya anda mengandung
Tidak
Klinik Komuniti hanya menyediakan perkhidmatan seperti :
Merawat demam, batuk, demam selesema dan penyakit ringan yang lain;
Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan;
Perkhidmatan ujian makmal ringkas (point of care test) seperti ujian gula dalam kapilari darah dan ujian air kencing dengan menggunakan kaedah urine dipstick
Menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan