Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar bertanggungjawab menguruskan dua aktiviti utama:
Aktiviti Kesihatan Pekerjaan
Aktiviti Kesihatan Alam Sekitar
Aktiviti Kesihatan Pekerjaan
1) Aktiviti Survelan Perubatan Anggota Unit Vektor
Pemeriksaan dilakukan kepada semua anggota di Unit Vektor bagi setiap Pejabat Kesihatan Daerah. Program ini meliputi soal selidik kesihatan anggota, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah, ujian fungsi paru-paru, ujian pendengaran dan pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan dan keselamtan pekerjaan.
Pemeriksan darah yang dijalankan ialah paras hemoglobin, parameter untuk fungsi ginjal, parameter untuk fungsi hati, dan serum cholinesterase.
2) Klinik Kesihatan Pekerjaan
Terdapat peningkatan yang menggalakkan dari segi kedatangan ke Klinik Kesihatan Pekerjaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Klinik Kesihatan Pekerjaan meliputi rawatan penyakit pekerjaan yang dirujuk dari Klinik-klinik Kesihatan, pemeriksaan perubatan anggota kesihatan dan juga dari jabatan-jabatan lain termasuk Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.
3) Aktiviti Survelan Kecederaaan Oleh Alatan Tajam di Kalangan Anggota Kesihatan di PKD Papar
Pejabat Kesihatan yang memantau aktiviti anggota kesihatan di 4 buah klinik kesihatan dan 9 klinik desa. Terdapat lebih dari 400 anggota kesihatan yang bertugas di fasiliti kesihatan di Daerah ini. Anggota yang berisiko dalam kejadian ini adalah terdiri daripada anggota kesihatan dan pelajar yang sedang menjalani latihan di fasiliti kesihatan
4) Aktiviti Kepastian Kualiti Kecederaan Tertusuk Jarum
Kecederaan tertusuk jarum ini meliputi kecederaan oleh jarum jahitan dan jarum jenis hollow core sahaja dan hanya mengambil kira kecederaan yang melibatkan anggota terdedah kepada penggunaan jarum tersebut yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan sahaja
Indikator bagi program ini ialah kadar insiden tertusuk jarum dengan sasaran, tiada kecederaan.
Aktiviti-aktiviti lain
1) Memperkukuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).
2) Memperkukuhkan Program Immmunisasi Hepatitis B di kalangan anggota.
3) Latihan untuk pelbagai kategori anggota kesihatan di pejabat kesihatan daerah, Klinik
Kesihatan dan Klinik Desa.
4) Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan bagi kemudahan kesihatan.
5) Menjalankan pemeriksaan kesihatan pada anggota kesihatan.
6) Menjalankan kursus-kursus dan bengkel kesihatan pekerjaan dan alam sekitar.
7) Memperkukuhkan program menghadapi bencana