Pengenalan Unit
Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) di peringkat daerah diwujudkan adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan awam dengan memastikan air minum yang dibekalkan adalah bersih dan selamat digunakan oleh pengguna.
Selain itu Unit KMAM ini juga bertanggungjawab dan bertindakbalas mengenalpasti punca-punca pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan air sungai, loji rawatan air dan sistem agihan melalui pengambilan sampel air mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Objektif Utama
Mengawal perebakan penyakit bawaan air seperti kolera, Tifoid, Hepatitis A dan lain-lain
Ketua Unit KMAM Pejabat Kesihatan Daerah Papar
En Rahim Bin Bakir | Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 (KUP)
Staf Unit KMAM Pejabat Kesihatan Daerah Papar
Salimin Bin Abdullah | Pembantu Kesihatan Awam U19
Ajami Bin Tiaman | Pembantu Awam H11