Objektif Pejabat Kesihatan Daerah Papar
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Visi Pejabat Kesihatan Daerah Papar
Daerah Papar akan menjadi sebuah kawasan yang sihat melalui satu sistem kesihatan yang mudah capai, cekap, mesra pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran semasa.
Perkhidmatan ini mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan serta menggalakkan penglibatan individu, keluarga dan masyarakat kearah peningkatan mutu kesihatan yang optima melalui aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan menerusi anggota yang berinovatif.
Misi Pejabat Kesihatan Daerah Papar
Menggalakkan penglibatan masyarakat untuk:
Mencapai sepenuhnya tahap kesihatan yang optimum.
Menghargai kesihatan sebagai aset yang tidak ternilai.
Membudayakan amalan dan tingkahlaku positif kearah cara hidup sihat