Piagam Pelanggan Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sewajarnya yang berkualiti tanpa mengira umur, jantina, agama atau taraf sosioekonomi
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bertimbang rasa, bersopan-santun, jujur dan iklhlas.
Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
Kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna akan disediakan untuk keselesaan pelanggan
Masa yang diambil untuk perkhidmatan :
Klinik Ibu dan Anak - 120 Minit
Jabatan Pesakit Luar - 90 Minit